Cerita baik dari dinar iraq terkini

Sabtu lalu, seorang sahabat Dinar Iraq bernama Yusof dari Besut berkunjung ke pejabat saya. Banyak info baru yang saya terima dari beliau. Antara info yang menarik dari beliau ialah tentang seorang sahabatnya yang bekerja di Petronas dan dikatakan menyimpan 115 juta Dinar Iraq. Wau!!!! Mengapa sahabat Yusof ini cukup berani menyimpan Dinar Iraq sebanyak itu. Katanya, sahabat itu terlepas peluang atas kenaikan Dinar Kuwait dahulu. Sebelum itu ramai kawan-kawannya membeli dan meyimpan Dinar Kuwait tetapi beliau tidak percaya. Apabila sampai masanya Dinar Kuwait menaik, maka ramailah kawannya menjadi jutawan serta merta dan beliau pula terpaksa melopong sahaja dan menyesal amat sangat kerana tidak memiliki Dinar Kwait. Ha ha.


Menurut Yusof lagi, kawannya itu seolah-olah menebus kesilapan lama yang gagal memiliki Dinar Kuwait dengan membeli Dinar Iraq pula. Ha ha. Bukan 10k bib, tetapi 115 juta Dinar Iraq! Woooo. Kaya kaya kaya.


Yang syoknya, sikawan Yusof itu tidak percaya dengan mana-mana website yang meramalkan tarikh apungan Dinar Iraq. Ya le, sekejap minggu depan, sekejap bulan depan dan ada yang kata malam ini. Ha ha. Maka beliau terus ke Baghdad membuat risikan atau siasatan bilakah dinar akan naik. Baru puas hati, katanya. Sekarang beliau tak akan buka mana-mana web site yang melapurkan hal apungan Dinar kerana kini beliau hanya menanti pada akhir tahun ini atau awal tahun hadapan. Wooo. Beliau macam optimis kata Yusof. Bagi saya boleh percaya dan boleh tidak percaya. Tak masuk rukun iman. Bagi saya Dinar Iraq sudah wajar naik tetapi CBI tetap berkuasa untuk menaikkannya atau tidak. Mari kita berdoa bersama agar dinar segera diapungkan.


Tak sanggup nak menanti wei!!!!!

Sumber dari : Ali Maidin

Related Posts: