Buka mata anda


BAGET IRAQ 2010 – USD 72.4 BILION
Parlimen Iraq meluluskan baget tahunannya sebanyak USD 72.4 bilion. 95% sumber pendapatan Iraq ialah dari minyak.

MENTERI KEWANGAN IRAQ MAHU NILAI DINAR PADA USD 1.85

CNBC News melaporkan bahwa Menteri Kewangan Iraq menyatakan nilai Dinar Iraq masa kini sepatutnya adalah bersamaan denga USD 1.85.

PETRONAS DI IRAQ















Petronas telah melabur di Iraq. Nampak sangat Iraq amat berpotensi dalam ekonomi dunia.

IRAQ AKAN SERTAI WTO
Iraq sedang berusaha menyertai WTO. Jika Iraq menyertai WTO, tak dapat tidak matawangnya perlu diapungkan. Jika tidak bagaimana urusan perniagaan antara bangsa boleh dilakukan dengan mudah. Itu logik biasa bisnes terutamanya melibatkan sesuatu ekonomi negara.

12 BANK BELI DINAR USD 136 JUTA
Dinar Iraq sentiasa dijual oleh Bank Negara Iraq setiap bulan. 26hb Oktober 2009, Dinar Iraq telah dijual oleh Bank Negara Iraq pada nilai 1170 Dinar = 1 USD. 12 buah bank telah menggunakan USD 136 juta untuk membeli dinar Iraq. Antara tujuan Bank ini membeli dinar ialah sebagai reserve masa depan. Mereka jadikan reserve kerana yakin nilai Dinar Iraq pada masa hadapan.

PENGELUARAN MINYAK IRAQ 12 TONG SEHARI
Terkini, Menteri Minyak Iraq, Hussein al-Shahristani mengumumkan pengeluaran minyak negaranya akan meningkat 3 kali ganda dari asal 2.4 juta tong sehari ke 7 juta tong sehari dalam tempoh enam tahun dari sekarang melalui satu pelabran terbaru syarikat minyak asing yang bernilai USD 100 bilion.
Peningkatan pengeluaran ini akan memberi kelebihan kepada Iraq untuk meningkatkan lebihan pendapatan dalam usaha membangunkan semula negarannya.

BAJET IRAQ USD 66.7 BILION
- Bajet Iraq pada 2010 ialah USD 66.7 bilion. Pendapatan utamanya ialah dari eskpot minyak sebanyak 2.15 juta tong sehari pada harga USD 60 setong.

SYARIKAT MOTOROLA MELABUR DI IRAQ
- syarikat Motorola telah membuat perjanjian dengan syarikat tempatan untuk meningkatkan sistem komunikasi Iraq.

GULF AIR BUAT PENERBANGAN SETIAP HARI KE IRAQ

- Gulf Air akan mengadakan penerbangan setiap hari ke Iraq mulai Oktober 2009. Ini menunjukkan tanda ekonomi yang semakin berkembang dan keselamatan yang lebih terjamin.
PASUKAN KESELAMATAN IRAQ AKAN AMBIL ALIH IRAQ
- Iraq akan mengadakan pilihan raya pada Januari 2010. Pasukan keselamatan Iraq sedang diperkukuhkan menjelang pengunduran tentera Amerika secara total pada Ogos 2010. 20 syarikat minyak termasuk 8 buah yang terbesar di dunia kini sedang meneroka minyak di Iraq.
Semuanya ini memberi harapan konkrit ke arah kenaikan dinar Iraq dalam tempoh yang manasabah.

TENTERA US AKAN BERUNDUR SEGERA
Amerika mengambil langkah untuk mengeluarkan tenteranya lebih segera dari jadual asal dan dijangka akan tamat pada 31 Ogos 2010. Pengunduran ini selain kerana desakan politik, juga disebabkan oleh tekanan bebanan kewangan yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan Amerika.
Seperti yang kita ramalkan sejak awal lagi – mana kerajaan yang sanggup terus berperang. Russia keluar dari Afghanistan Iraq keluar dari Iraq. Begitu juga Amerika di Iraq. Yang kita tunggu ialah Iraq mentadbir telaga minyaknya dengan bebas, meningkatakan sumber pendapatan serta mengurangkan beban hutang luar. Apabila ekonominya stabil, nilai dinar Iraq akan kembali ke zaman kegemilangannya iaitu 1 Dinar bersamaan USD 3.40. Opps, naik USD 0.30 pun kita sudah kaya bib.

SEMUA NEGARA MAHU APUNGKAN MATAWANG
- Hakikatnya semua negara mau matawangnya mahu diapungkan demi matlamat ekonomi sesuatu negara. Negara selepas perang pun begitu juga, mahu matawangnya diapungkan semula. Jika Kuwait mengambil masa 10 tahun, maka Iraq pun lebih kurang macam tu juga agaknya. Kini sudah 8 tahun. Tunggu masa bila-bila sahaja.

MENTERI KEWANGAN IRAQ TAK SABAR DINAR DIAPUNG
- Menteri Kewangan Iraq sudah tidak sabar lagi supaya matawangnya dinilai semula. Mana manasabah sebagai sebuah negara pengeluar minyak, dinarnya terlalu murah. paling kurang pun bersamaan dengan zaman sebelum Amerika masuk Iraq iaitu 1 Dinar bersamaan USD 0.30.

DINAR BOLEH DIJUAL DIMANA-MANA
Jika telah diapungkan maka Dinar boleh dijual di mana-mana Pengurup Wang atau bank komersil. Jual kat kami pun boleh. Ahli Ekonomi meramalkan jika dinar diapungkan maka nilai 1 Dinar bersamaan USD 0.30. Wau …Jika ada 50,000 Dinar, maka akan bernilai RM 50,000. Modal sekarang baru RM 250.00 sahaja.

JEPUN AGRESIF DI IRAQ
Syarikat Cari Gali Minyak Jepun meneroka minyak di Iraq demi memastikan memenuhi permintaan minyak Jepun.Lagi banyak syarikat asing meneroka minyak di Iraq, maka makin berpotensilah ekonomi dan dinar Iraq!
Negara Jepun juga telah menggunakan USD 5 billion untuk membeli dinar Iraq untuk rakyatnya menyimpan dinar Iraq.

BAYAR GAJI TENTERA DENGAN DINAR IRAQ
- Pihak berkuasa tentera Amerika di Iraq mulai membayar gaji tenteranya dengan dinar Iraq sebagai salah satu cara menaikkan nilai dinar Iraq. Tentera Amerikalah yang paling berkepentingan atas kenaikan nilai dinar Iraq kerana mereka menyimpan dinar dengan banyaknya.

NEGARA ASING BELI DINAR IRAQ
Apakah pendapatan utama negara Iraq sekarang. Jawapannya ialah menjual matawangnya sendiri kepada bank asing. Pada setiap bulan Bank Negara Iraq menjual dinarnya. Yang terakhir pada 13 Julai 2009 sebanyak USD 170 juta.
Iraq menjual dinarnya kerana mahukan matawang asing untuk membiayaai kos pentadbiran dan pembangunan negaranya. Negara lain lazimnya kena mengekspot produk atau perkhidmatan untuk mendapatkan wang asing tetapi Iraq hanya dengan menjual dinarnya sahaja. Dengan bermodal kos kertas dan cetakan, Iraq sudah mendapat income yang berbaloi. Dengan jualan wang dinarnya, Iraq membangunkan negaranya sejak 2003 sehingga sekarang.
Negara luar membeli dan menyimpan dinar pada harga sekarang untuk kepentingan reseve masa hadapan. Duit dinar yang disimpan itu akan digunakan untuk melabur semula di Iraq pada masa hadapan atau digunakan untuk membeli minyak dan gas dari Iraq. Jika dinar Iraq kini tak sampai 1 sen USD dan akan naik nilainya pada masa hadapan 10 sen USD atau 0.25, hatta USD 1.00, – bayangkanlah betapa keuntungan pemilk dinar itu apabila membeli minyak Iraq pada masa hadapan dengan menggunakan wang dinar yang dibeli pada kos masa kini.
Itulah rasional Iraq menjual dinar. Itulah rasional pihak luar membeli dinar sekarang. Masing-masing ada kepentingan untuk jangka pendek dan jangka panjang. Yang tak ada duit -jual barang. Yang ada duit – beli barang. Logik biasa aja.














Related Posts:

Salam ko jgn plak pikir2 bukan dekat aku ... ni aku cuma nk kongsi ilmu dan benda baru 9bg yg x prnh dgr) ... penah dengar pasal dinar iraq?? Ni la ringkasan yg aku wat tu ko pham ...

Camni, dinar Iraq (IQD) ni matawang Iraq la ... Sekarang ni iqd ni berpotensi untuk diapungkan ... Apung tu maksudnye naik la ... Lebih kurang ... Selalu org panggil apung ni, RV (revalue) ..

Bende ni macam pelaburan la ... Ko beli iqd, then bile dah RV, tukar iqd ni ke RM ... Bleh tukar kat bank or money changer ... Potensi iqd ni beso ... Sebab kalo tgk balik keadaan matawang Kuwait, Afghanistan,jepun, german ...

Negara2 ni same je situasinye dgn Iraq ... Dorg penah berperang ... Bile perang, matawang jatuh ... Then bile dorang bgnkan semula Negara dorg, matawang pon RV la ... Dan ttg potensi iqd ni, berdasarkan hint2 dari blog, pembekal,pihak bank, mmg dijgka akn rv dalam mase terdekat ...

Mase kuwait dulu (2003), dari 0.3USD naik jadi 3.4USD ... Kekal sampai la sekarang ... Dinar kuwait kalo x silap aku adalh matawang paling tinggi kat dunia.Btw, kuwait adalah negara ke 3 pengeluar minyak terbesar dunia ... Tapi iraq adalah negara keDUA pengeluar minyak terbesar ... So, iraq mmg berpotensi besar utk jadi macam kuwait .. Malah mungkin bleh dapat matawang lebih besar .. InsyaAllah..

Tu yg aku yakin tu ...

P/S : Setelah mengkaji sedikit pasal Dinar Iraq, ini lah ringkasannya yang aku dapat :

IQD = Dinar Iraq
KWD = Dinar Kuwait


Sebelum 1990
1.00 IQD = USD 3.20
1.00 KWD = USD 3.40

1990

Perang Iraq vs Kuwait (2 Ogos 1990 – 28 Februari 1991)
1.00 IQD = USD 0.30
1.00 KWD = USD 0.30

2003

Iraq diserang Amerika- kejatuhan Saddam Husin (20 Mac – 1 Mei 2003)
1.00 IQD = USD 0.00086
1.00 KWD = USD 3.4 (KWD meningkat kerana pembangunan Kuwait)


2011
~ Dijangka:
1.00 IQD = USD 0.30 (Seperti selepas tahun 1990)
~ Tapi tidak mustahil jika:
1.00 IQD = USD 3.30 (Seperti sebelum 1990)
~ Kerana Iraq sedang meningkatkan pengeluaran minyaknya.

~ Katakan jika diapungkan kelak :-
1.00 IQD = USD 0.30

USD 0.30 = RM 1.00 (lebih kurang la ya)
~ Jadi, jika kita ada 100,000 IQD secara tidak langsung kita akan ada RM100,000.
~ Jika nilai 1.00 IQD = USD 1.00 (3 kali ganda), jadi, kita ada dalam RM 300,000.
~ Jika nilai 1.00 IQD = USD 3.20 (Seperti sebelum 1990-10 kali ganda), jadi, kita ada dalam RM 1,000,000.

waaaa...cuba korang bayang sendiri ! kayo den ! hehee

Pengeluaran Minyak.
~ Kini: 2.6 juta tong sehari (jumlah tertinggi dalam 20 tahun)
~ Dijangka 2012 : 4.5 juta tong sehari.
~ PM Iraq, Nouri Al-Maliki mengarahkan Iraq mengeluarkan 8 juta tong sehari secepat mungkin.
~ Jika mencapai 3-5 juta tong sehari: tidak mustahil nilai IQD akan dikaji semula dan dinaikkan sedikit demi sedikit.

Bende ni berkonsepkan pelaburan matawang la .. faham betul-betul dulu ...
stepnye camni...


1.beli dinar iraq(IQD)
2.simpan
3.follow up updated news
4.kalau iqd dah rv,bleh tukar kat bank or money changer..

Jgn percaya sgt ngan aku, ada yg cakap benda ni SCAM la, tipu la, macam2 lg lah ... tp bagi aku, ni satu PELABURAN, untung dan rugi tu ADAT dia la kan ... so, kat sini aku sediakan beberapa link utk ko kaji sendiri … 

source: mieneaststar.com

Related Posts: