FRANKFURT, Jerman - Seorang pegawai kanan Bank Pusat Eropah (ECB) menyatakan, 17 negara yang menggunakan mata wang euro akan dilanda 'kemelesetan ekonomi yang amat sederhana' pada tahun ini.
Benoit Coeure memberitahu akhbar Jepun, Nikkei bahawa pertumbuhan ekonomi terbantut akibat kekurangan pinjaman bank dan langkah penjimatan oleh beberapa kerajaan Eropah yang berdepan krisis hutang negara.
Selain itu, kata Coeure, harga minyak yang tinggi dan kenaikan cukai turut menyumbang kepada inflasi. Namun beliau percaya kesan tersebut cuma untuk jangka pendek.
Ekonomi zon mata wang euro menyusut 0.3 peratus dalam suku keempat kewangan.
Eksekutif ECB berkenaan meramalkan pertumbuhan ekonomi negatif antara 0.5 peratus dan pertumbuhan positif 0.3 peratus di Eropah pada tahun ini. - Agensi