Home » Uncategories » kemunculan bulan September akhirnya tiba juga dan apakah sebenarnya
kemunculan bulan September akhirnya tiba juga dan apakah sebenarnya
Salam sahabat2 dinar semua… setelah agak lama kita sabar menunggu akan kemunculan bulan September akhirnya ia tiba juga dan apakah sebenarnya yang kita nanti-nantikan pada bulan ini ? Sudah tentu mengenai perancangan CBI untuk memulakan percetakan matawang dinar baru yang sudah tiada 3 zero di hujungnya. Jadi di hari2 sepanjang September harapannya agar kita melihat sebarang maklumat mengenai proses percetakan matawang baru.
1) Sekarang saya ingin berbicara tentang konsep a)matawang , b)simbol unit dan c)face value (nilai muka) . Anda boleh perhatikan paparan matawang family note Singapura, matawang lama RM 10,000 dan RM1,000. a) Bayangkan Singapura yang maju dan mempunyai ekonomi yang mapan, kedudukan nilai matawang yang terbaik dan lebih tinggi dari negara kita tetapi masih mempunyai nilai matawang Singapore Dollar 10,000 yang merupakan denominasi yang terbesar setakat ini dan boleh digunakan di Singapura. Ini jelas menunjukkan Iraq juga tiada sebarang masalah kerana IQD 25,000 adalah yang terbesar setakat ini. Jika IQD 25,000 adalah yang terkecil (baru saya bimbang dan disusuli oleh IQD50,000, IQD 100,000 dan IQD200,000) tapi note itu tidak diwujudkan adalah kerana ia akan menyulitkan lagi di masa yg akan datang. Apa maksudnya masa akan datang itu… (RV laaa…). b)Merujuk pada RM1000, BNM sudah pun menetapkan bahawa matawang ini sudah tidak lagi sah digunakan dan tarikh penukaran matawang ini sudah pun luput dan matawang ini sudah di tarik balik. Jika tempoh penarikan matawang ini masih ada, anda sudah tentu boleh menukarkan dimana2 tempat termasuk di Bank Negara untuk matawang baru yg senilai RM1000 duit baru. Tiada istilah yang menilaikan RM tahun yg lampau ada kesusutan nilai berbanding RM tahun pada masakini. Jelas menunjuk bahawa RM tetap RM. Nilai RM berubah mengikut pelbagai faktor dan keadaan semasa dan nilai itu hanya mempunyai satu nilai yang sah dan menggunakan lambang simbol RM. (walaupun kertas nilai RM yg bernilai 10,000) jika Bank Negara masih mempunyai tempoh tukaran, maka nilai RM tetap senilai dengan RM masakini. Fahamkan dan bandingakan dengan IQD yang kita pegang dengan matawang yang bakal dicetak nanti yang juga menggunakan simbol IQD (Iraq Dinar). c)Mereka (CBI/GOI) tidak boleh kata, buat masa kini, IQD mempunyai 2 nilai..satu IQD lama dan satu lagi IQD baru. Tidak, no..no..no… IQD adalah lambang simbol matawang yg sudah diiktiraf nilainya dan simbol ini akan tetap senilai dgn lambangnya. Jika IQD 25,000 yg telah dicetak masih senilai USD25 pada 2013 nanti ,(ini kata mereka – finance comitte) Bagaimana mereka nak keluarkan matawang yang dicetak IQD 1, IQD 5, IQD 10, IQD 25, IQD 50, IQD 100 dan IQD 200 ?? Once IMF sudah menilaikan nilai IQD, nilai itu perlu digunakan ke atas semua simbol IQD yang masih dalam tempoh (circulation). Face value (nilai muka).. jika anda ingin tahu maksud face value(nilai muka), anda hanya perlu baca nilai perkataan dan baca juga nombor yang tertera. Itulah nilai yang telah diperakui sah pada kepingan kertas note tersebut. Anda boleh juga mintakan kanak2 yang baru memahami angka2 yg besar dan mintakan kanak2 ini baca. Nilai itu adalah sangat straight forward/ simple dan itulah nilainya. Kanak2 tadi pun akan membaca dan mengatakan “ Wah, Uncle ada duit 25,000 laaa…” (sambil meminta untuk dibuat hadiah duit raya, haha)… 2) http://thecurrencynewshound.com/2012/09/02/iraq-deputy-finance-minister-zeros-cant-be-removed-from-iraqi-dinars-during-2013-no-preparations-have-been-made/ Sedang kita menunggu dan menyaksikan penerusan usaha terbaru Iraq untuk mengeluarkan matawang baru mereka. Ini jelas menunjukkan bahawa IQD berbanding USD akan menjadi senilai atau lebih kerana dengan sebab ini sahajalah mereka wajar menukarkan matawang mereka. Tetapi Timbalan Menteri kewangan mereka pula beritahu kita yang kita tidak akan melihat sebarang proses menarik balik, pengenalan matawang dinar, tiada proses menaik nilai (RV). Dan ini jelas menceritakan tentang kenyataan beliau pada sebahagian besar masyarakat Iraq dan penyimpan amnya. Kenyataan yang sangat ganjil sebab ia menunjukkan bahawa kegagalan finance committee untuk meyakinkan rakyatnya bahawa IQD tidak akan menjadi gandaan terbesar tak lama nanti. Mungkin juga Finance committee sudahpun mendapat bayangannya terus menggandakan usaha untuk mengekang supaya pelabur (penyimpan) sebahagian besarnya dalam Negara Iraq sendiri supaya menukarkan dengan dollar USD dengan mengikut nilai semasa ( 1 IQD= 0.00086 USD). Ia sudah cukup jelas meyakinkan kita bahawa CBI dan GOI memang akan menggunakan cara yang kita, pakar ekonomi, speculator inginkan, impikan. Sebab itulah mereka tidak begitu gembira melihat pengorbanan besar yang akan berlaku pada tahun hadapan. (90 hari sahaja dari sekarang). Lihat sahajalah pelbagai mesej yang datang dari Finance comitee bukan “mengajar kita” tetapi sudah mula mencabar dan memberi tekanan yang hebat kepada CBI yang “empunya perancangan besar ini”. Sebenarnya rakyat Iraq dan penyimpan telah mula disogokkan berita yang bukan negative.. tetapi berita yang menunjukkan tentang kegagalan finance committee menakutkan kita semua.. berikut adalah contoh2 yang mereka tujukan pada CBI.. bukannya kita lagi… tandanya memang berlaku “cerita perihal jutawan2 yang wujud pada tahun hadapan”. Antara yang terbaru termasuk.. :- http://thecurrencynewshound.com/2012/09/03/ministry-of-finance-has-different-opinion-than-his-own-deputy-the-deletion-of-zeros-falls-within-the-powers-of-the-cbi/ Menteri kewangan yang mempunyai pandangannya tersendiri berbanding timbalannya dalam member berita2 yang negative.. kenapa mereka memberi alasan yang lain. Agak hairan. Menteri Kewangan pula dengan alasan beliau iaitu projek bawah 3 zero dibawah kuasa seliaan CBI. Ia jelas menunjukkan Kementerian kewangan tiada kuasa untuk menghalang segala perancangan CBI. Walau bagaimanapun alas an dari menteri kewangan pula berbunyi begini.. beliau kata segala bajet 2013 sudahpun dikira (calculated) dan tiada agenda delete 3 zero (RV) berlaku sepanjang rancangan bajet 2013.. Ha ha.. ye ker.. (bajet 109~119 Billion USD tu nak dapat macam mana yer ??) merujuk kepada perancangan bajet yang sepatutnya berlaku pada 2012 dan di tangguhkan ke 2013 pula. Klu kita lihat kantung CBI cuma ada lebih kurang USD62~65 bilion.. tu baru CBI.. Bajet adalah poket kerajaan sebagai pemacu/penjana ekonomi Iraq 2013.. hanya ada sebanyak USD15 Billion sahaja (dipercayai setakat ini) mana nak korek lagi dana tu… Setakat ini dulu… nantikan sambungannya minggu ini… ada susulan lagi…salam.