Ekonomi baharu muncul tumbuh mendatar

HONG KONG 11 April - Ekonomi-ekonomi baharu muncul akan mengalami pertumbuhan mendatar pada tahun ini sebelum kembali pulih pada 2013, menurut laporan serantau Bank Pembangunan Asia (ADB).

Tinjauan laporan ADB pada 2012 menyatakan, rantau ini akan beralih kepada pertumbuhan lebih stabil pada jangka panjang berdasarkan permintaan domestik yang kukuh, selain eksport, yang mana telah terjejas berikutan penyusutan permintaan dari Eropah.

Bagaimanapun, kajian itu turut memberi amaran bahawa pertambahan kekayaan serantau tidak seimbang dan perbezaan pendapatan yang ketara, dengan golongan kemiskinan tegar berada dalam kelompok miskin dan diabaikan.

Negara-negara serantau yang mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang memberangsangkan dijangka sederhana kepada 6.9 peratus pada 2012, lebih rendah berbanding 7.2 peratus pada 2010, sebelum naik semula kepada 7.3 peratus pada 2013.

Link : http://www.utusan.com.my/utusan/info...i&pg=ek_01.htm

Related Posts: