DINAR IRAQ: WANG TETAP DIAPUNGKAN | ALI MAIDIN

Wednesday, April 4, 2012 DINAR IRAQ: WANG TETAP DIAPUNGKAN Walaupun Myanmar atau Burma belum pun mengamalkan sistem demokrasi sepenuhnya, tetapi matawangnya telah diapungkan. Kini pasaran yang menentukan nilai Kyat, bukannya pihak berkuasa Myanmar. Kyat diikat sejak tahun 1977 dan selepas 35 tahun, akhirnya matawang itu terpaksa dibebaskan di pasaran. Kes ini memberi keyakinan kepada kita bahwa Dinar Iraq tetap bakal diapungkan. Isunya ialah MASA. Oleh kerana Iraq telah pulih sistem demokrasinya, malah lebih baik dari era Saddam, maka ramai meramalkan ianya akan lebih cepat lagi. Malah, pelbagai kenyataan Bank Negara Iraq sendiri yang menyebutkan perkara apungan ini dalam tempoh terdekat. Makin kencang dada masing-masing. Yang tak ada Dinar Iraq tak payahlah menyibuk pula, samada apung ke tidak. Ha ha. Biarlah kami yang menyimpan Dinar Iraq ini nak rugi ke nak untung. Ha ha. Kalau takut risko, satu benda pun kita tak buat di dunia ini!!!!


Dalam kes Kyat tidak ada cerita buang 3 kosong, walaupun nilainya 816 Kyat bersamaan USD 1.00, lebih kurang dengan nilai Dinar Iraq iaitu 1161 Dinar bersamaan 1 USD. Beberapa hari lalu ada kenyataan yang menyebut untuk mengurangkan nilai USD berbanding dengan Dinar Iraq. Ini satu kenyataan yang agak pelik juga. Mengurangkan nilai USD bermakna secara tak langsung menaikkan nilai Dinar Iraq. Sebaliknya jika menaikan nilai Dinar Iraq, secara tak langsung menurunkan nilai USD. Ha ha. Teringat pula saya pada tahun akhir 1990an dahulu apabila Ghafar Baba mengatakan RM tak jatuh tetapi wang luar yang naik. Terkedu Ahli Ekonomi nak menjawab hujah Ghafar Baba. Woooo.

Menurut CBI, penghapusan 3 kosong atas dinarnya tidak memerlukan undang-undang baru yang perlu diluluskan di parlimen. Ianya memadai dengan satu peraturan oleh CBI sahaja. Kita masih suspen apakah bentuk dan kaedah pembuangan 3 kosong itu. Yang pasti, ia tidak akan merugikan penyimpan Dinar kerana itu satu kesalahan besar dalam pengurusan ekonomi dunia. Namun bagi kita penyimpan Dinar Iraq, mahu untung juga!!!! Wooooo

Kredit : Ali Maidin

Related Posts: