Presiden Sudan hadir Sidang Kemuncak Arab di Baghdad

BAGHDAD: Presiden Sudan, Omar al-Bashir, akan menghadiri Sidang Kemuncak Arab di Baghdad walaupun dia kini dikehendaki Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Presiden Iraq, Jalal Talabani, berkata Omar memaklumkan kepadanya bahawa delegasi Sudan akan menyertai sidang kemuncak berkenaan minggu ini.


Ketika ini, Iraq tidak menandatangani Statut Rome yang melahirkan ICC.

Laman sesawang Kementerian Luar Iraq pula menyatakan, negara itu “memberikan jaminan 100 peratus ke atas keselamatan” Omar, sama seperti perlindungan yang diberikan terhadap semua pemimpin lain yang akan hadir di persidangan berkenaan.


Sidang kemuncak itu dijadual diadakan di Baghdad mulai esok hingga Khamis ini. - AFP

Related Posts: