Metro 17/02/12

KUALA LUMPUR: Bermodalkan pelaburan awal sebanyak RM3,200 untuk memperoleh sejuta dinar Iraq iaitu mata wang baharu Iraq, pelabur mampu mendapat RM1 juta sebaik nilai mata wang itu dijangka diapungkan (RV) hujung tahun ini.

Inilah trend terbaru penjual mata wang dinar Iraq bagi menarik pelabur membeli mata wang berkenaan yang dikatakan memberi keuntungan dalam sekelip mata.

Wang berkenaan kini tiada nilai kerana baharu dicetak bagi menggantikan mata wang lama. Penjual mata wang itu turut mendakwa mereka memperoleh wang berkenaan dari Jordan yang dibawa masuk melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan diluluskan pihak berkuasa Malaysia.



Difahamkan, pelabur yang menyimpan, membeli atau menjual ketika RV diumumkan, nilai mata wang Dinar Iraq yang pada asalnya tidak bernilai akan bertukar menjadi mata wang utama dunia, sekali gus menjadikan pemiliknya bergelar jutawan segera.

Menurut penjual dinar Iraq yang dikenali sebagai Norman, 23, pelabur tidak perlu bimbang atau takut membeli dan memiliki mata wang berkenaan kerana ia dijangka menjadi lebih bernilai daripada mata wang Kuwait yang kini menduduki tangga teratas sebagai mata wang paling mahal di dunia.


SUMBER

Related Posts: