Harapan adalah cerah sekali untuk Iraq menyelesaikan Bab 7 sebelum Jun tahun ini. PM Iraq akan ke Kuwait sekali lagi pada bulan Mac akan datang untuk memetrai perjanjian menamatkan Bab 7 tersebut. Kuwait dan Iraq bersetuju meningkatkan kerjasama perdagangan dan pelaburan antara kedua pihak.
Selepas tamatnya tekanan Bab 7 ke atas Iraq, maka adalah diharapkan Iraq akan lebih agresif dalam aktiviti ekonomi dan perdagangannya, khususnya menarik pelaburan luar. Semakin ramai pelaburan luar masuk ke Iraq, maka semakin perlulah Iraq mengapungkan dinarnya bagi memberi keyakinan kepada dunia. luar.
Nampak gaya teori pusingan ekonomi 10 Tahun semakin benar.Tunggu sahajalah. Itulah modal yang paling besar bagi sang penyimpan Dinar Iraq. Bagi yang tak mahu percaya, tidak ada kesalahan untuk tidak mempercayainya. Ha ha. Tetapi yang paling kelakar ialah - walaupun tak percaya dengan prospek dinar, hamba Allah itu masih tetap memliki dinar dan terus membaca blog ini.