Angka kecil atau besar kepada note tidak penting bagi sesuatu matawang. Apa yang penting ialah kadar pertukarannya dengan matawang asing. Yang mahu berubah ialah nilainya bukan notenya. Dan semua mahu matawang masing-masing makin menguat.
Salah satu sebab nilai mata wang naik ialah kadar rezab negaranya yang tinggi. Sebelum 1990, kadar rezab emas Iraq amatlah tinggi. Apabila Iraq sibuk berperang dengan Iran pada 1990 dan diikuti dengan pencerobohan Amerika pada 2003, maka rezab Iraq merudum. Sekaligus nilai Dinarnya juga merudum.
Maka salah satu usaha Iraq mahu meningkatkan nilai Dinarnya ialah dengan meningkatkan kadar rezab samada dalam bentuk emas atau simpanan wang asing. Kini kadar rezabnya ialah USD 60 bilion. Jika pengeluaran minyaknya bertambah dari masa ke semasa, maka kadar rezabnya akan mudah ditambah. Dan sudah pasti kadar rezab perlu didukung dengan bajet yang positif. Setakat ini bajet Iraq belum lagi positif. Dikatakan Bajet 2013 mempunyai harapan untuk positif. Ha ha.
Cerita cerita note baru dan buang 3 kosong terhadap Dinar Iraq memberi pelbagai tafsiran. Sebahagian ahli ekonomi berpendapat, jika pembuangan 3 kosong itu bukan kerana kenaikan dinar, ianya akan membebankan Iraq sahaja dengan kos membuat note baru. Yang penting ekonomi diperkuatkan bukannya sibuk dengan note matawang yang kurang kosong. Ekonomi Jepun tetap kuat walaupun notenya yang 100 Yen bersamaan 1 USD.
Credit