beberapa persetujuan dengan Kuwait mengenai pertikaian berpanjangan

Iraq mengumumkan pada Rabu lalu bahawa ia telah memuktamadkan beberapa persetujuan dengan Kuwait mengenai pertikaian berpanjangan, termasuk isu pampasan kepada Kuwait Airways dari Iraq Airways.

Mengikutperjanjian itu, Iraq akan membayar Kuwait $ 300 juta dalam bentuk tunai danakan melabur $ 200 juta lagi dalam penerokaan kerjasama syarikat penerbanganIraq-Kuwait bagi menyelesaikan tuntutan milik Kuwait Airways yakni Iraq berhutang kepadanya sebanyak $ 1.2 bilionuntuk pesawat dan bahagian yang dicuri selepas pencerobohan Iraq ke atas Kuwaitpada tahun 1990.

Pertikaiansyarikat penerbangan telah membawa kepada beberapa rampasan oleh pihak berkuasaluar negeri Kuwait ke atas aset negara Iraq.

"Kami telah mencapai kejayaan dalam perhubungan," kata Menteri Luar Iraq, HoshyarZebari.

Kedua-duanegara juga telah mencapai persetujuan mengenai pertikaian sempadan, selarasdengan resolusi Majlis Keselamatan PBB. Langkah itu dilaporkan membawa Iraqlebih dekat bagi melepaskan daripada sekatan yang dikenakan ke atasnya oleh PBBapabila Perang Teluk Parsi berakhir selepas campur tangan pimpinan AS padatahun 1991.

Pertikaianlain termasuk ke atas cadangan pembinaan pelabuhan luas di Kuwait yangdibimbangi Iraq akan mengancam trafik ke pelabuhannya di Basra, masih belumdapat diselesaikan.

Perjanjianitu menandakan pembaharuan dalam siri langkah-langkah ke arah persahabatannegara-negara di rantau ini menjelang sidang kemuncak Liga Arab di Baghdad yangbermula pada 27 Mac yakni Emir Kuwait, Sabah Ahmed al-Sabah akan hadir.

(Bloomberg,Reuters, Washington Post)

Sumber: http://www.iraq-businessnews.com/201...s-with-kuwait/

Related Posts: