Embargo: Untuk Siaran Segera

Urus Niaga Mata Wang Asing

Bank Negara Malaysia ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa membeli dan menjual mata wang asing di Malaysia hanya dibenarkan dengan bank perdagangan, bank-bank Islam, bank pelaburan dan bank-bank Islam antarabangsa berlesen seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Kawalan Pertukaran Asing 1953, dan dengan penyedia perniagaan perkhidmatan wang (pengurup wang) berlesen seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011.

Selain itu, produk kewangan berlandaskan Syariah, termasuk urus niaga berkaitan pertukaran asing yang ditawarkan dan diurusniagakan oleh institusi kewangan Islam berlesen adalah diluluskan oleh Jawatankuasa Syariah institusi kewangan masing-masing dengan mendapat pengesahan daripada Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia.


Bank Negara Malaysia
16 Februari 2012

Related Posts: