Chapter 7 mungkin mengambil masa beberapa bulan lagi

Chapter 7 mungkin mengambil masa beberapa bulan lagi... tetapi difahamkan ia tidak akan menjejaskan tarikh perlaksanaan penarikan matawang dan penggunaan note kecil serentak (RV/CI). Seperti yang kita sedia tarikh penarikan sudahpun dianjak dari tarikh bulan September kepada awal 2013.
Antara perkara yang menjadi keutamaan UNSC ialah bagaimana untuk menggantikan benda yang telah hilang semasa perang Iraq Kuwait di mana banyak harta benda keluarga rakyat Kuwait tiada/hilang... walaupun telah dibuatkan pampasan sebagai ganti... Mereka (UNSC) melalui Bang Kin Moon masih ingin benar2 berpuas hati tentang perlaksanaannya. Untuk benar2 meyakinkan bahawa Kuwait benar2 bersedia untuk melupakan tragedi malang kenangan silam diserang Iraq.

Ada beberapa pecahan/kumpulan yang bekerja keras untuk kembalkan Iraq seperti di zaman kemilangan mereka. Tugasan2 mereka bolehlah dipecahkan kepada 5 kumpulan.
a) Hal ehwal Kuwait:-
- Pampasan
- Dokumentasi
- Sempadan
- Harta pelbagai bentuk ( kemudahan asas, kelengkapan mesin dan struktur)
b) Hal dalaman Iraq:-
- Isu menyatukan wilayah Kurdistan dan Iraq
- Perkongsian keuntungan jualan minyak
- Pelbagai undang2 dari hal minyak, rakyat sehingga kepada projek masa depan
c) Rakyat Iraq:-
- Projek rakyat (perumahan, kemudahan asas)
- Kemudahan infrastruktur, telekomunikasi, jaringan maklumat.
- Projek menaiktarafkan ekonomi.
- Pendidikan dan kesihatan.
d) Sektor kewangan:-
- Memperkenalkan undang2 baru (dari pelbagai sudut)
- Menstabilkan sector perbankan.
- Memodenkan kemudahan perbankan (system pembayaran automatic)
- Memperkemaskini sistem gaji dan pendapatan rakyat.
e) Sokongan
- Kumpulan sokongan IMF dan UN
- Kumpulan sokongan dari Liga Arab.
- Kumpulan sokongan Barat dan Eropah.
- Kumpulan sokongan GOI dan CBI, economist dan pakar2 yg dijemput.
Dilaporkan juga sidang projek matawang (finance committee) sudah sebulat suara menukar gambar simbol lukisan pada matawang dari bentuk CBI(bank Negara Iraq) kepada gambar dalam Monumen Ziggurat yg hampir seperti dengan rupa bentuk Piramid (Mesir). Ziggurat merupakan bangunan tinggalan sejarah agung yang akan dijadikan sebagai simbol berbentuk lukisan pada setiap note matawang baru nanti yg dilaporkan juga "confirm" akan diperkenalkan juga pada awal 2013 (Jan/Feb/March 2013). Ia juga perlu dianggap serentak dgn ( RV dan CI ).
Sekarang hanya berkisar kepada isu2 perlaksanaan undang2 tatkala proses penarikan berlaku kelak. Juga isu memperkukuhkan tahap setiakawan dan perjanjian demi perjanjian sedang dilaksanakan demi untuk meperkukuhkan hubungan pemimpin setiap bahagian dan wilayah Iraq supaya sebulat suara menerima pembentukan Iraq di bawah sistem demokrasi. Perjanjian ini melibatkan banyak perkara seperti perkongsian profit penjualan minyak, pengurusan tenaga kuasa yg akan menyalurkan bekalan kuasa ke setiap pelusuk Iraq, dan agenda masa depan.
Yang penting, kita lihat bagaimana mereka ‘mengolahkan’ setiap satu perkara untuk kejayaan mereka pada tahun depan. Abaikan saja tentang perkara bagaimana mereka menyusun dan aturkan pengurusan mereka. “Let the expert do their job”. Mereka lebih hebat, malah jauh lebih hebat berbanding apa yang kita fikirkan.

Related Posts: